Assalamualaikum dan Selamat Datang Ke Portal Unit Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) Sekolah Kebangsaan Utan Aji, Perlis. Salam 1 Malaysia Bersama-Sama Kita Merealisasikan Sekolah Bebas Dadah 2012 dan Malaysia Bebas Dadah 2015.

Hentian PPDa


Pihak pengurusan Bilik Sumber PPDa dengan kerjasama semua warga sekolah serta agensi luar sentiasa bekerjasama di dalam menyediakan kepelbagaian bahan untuk kemudahan pengunjung khasnya murid-murid untuk mendapatkan info berkaitan bahaya dadah. Semua bahan tersebut telah dipamerkan dalam pelbagai bentuk yang kreatif dan menarik minat pengunjung. Pihak pengurusan Bilik Sumber telah menyediakan beberapa sudut yang menjurus kepada kepelbagaian bahan. Sudut tersebut telah dinamakan sebagai hentian. Pihak pengurusan Bilik Sumber telah pun menyediakan beberapa hentian yang pelbagai bahan yang berbeza mengikut kreativiti.  Contohnya ialah :
      i.        Hentian 1 – Perasmian Bilik Sumber PPDa / visi dan misi
Hentian ini mengandungi papan perasmian Bilik Sumber PPDa yang telah dirasmikan oleh Puan Noraini bt Othman Guru Besar Sekolah Kebangsaan Utan Aji pada 1 Mac 2012 bersamaan 8 Rabiulakhir 1433. Perasmian ini dilakukan sempena sambutan dan pelancaran Minggu Antidadah Kebangsaan Peringkat Sekolah. Di samping itu , hentian ini juga mengandungi visi dan misi PPDa serta sijil perhargaan Johan Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Perlis.

    ii.        Hentian 2 – Buletin, risalah dan Poster
Hentian ini mengandungi risalah, brosur dan poster tentang maklumat berkaitan dengan pendidikan pencegahan dadah. Risalah ini diperolehi daripada agensi luar seperti AADK , Jabatan Kesihatan ,Hospital dan sumbangan dari guru – guru. Risalah dan brosur diletakkan ditempat yang telah dikhaskan serta digantung untuk memudahkan pengunjung membaca dan mendapatkan maklumat. Gambar dan poster pula dilekatkan pada dinding-dinding sebagai hiasan kreatif dan berinovasi.

   iii.        Hentian 3 – Kandungan rokok
Hentian ini mengandungi 2 batang replika rokok dan kandungan bahan kimia di dalam rokok.



   iv.        Hentian 4 – Sudut informasi
Hentian ini menempatkan dua buah komputer dan sebuah radio bagi memudahkan pengunjung mendapat maklumat dengan mengakses cd yang disediakan. Guru juga boleh melayari internet kerana pihak sekolah memasang wireless di sekitar kawasan sekolah.

    v.        Hentian 5 - Karya murid ( poster , buku skrap )
Hentian ini mengandungi poster –poster yang dihasilkan oleh murid – murid. Di samping itu buku skrap dihasilkan oleh murid tahun 6 sebagai aktiviti pasca UPSR.



   vi.        Hentian 6 – Gaya hidup sihat / Kejayaan
Pihak pengurusan dengan kata sepakat memilih tema hidup cemerlang tanpa dadah sebagai fokus utama di hentian. Disini dipaparkan gambar – gambar murid – murid sekolah ini yang berjaya di dalam pelbagai pertandingan yang telah disertai.


 vii.        Hentian 7 – Runtun kalbu ( Tali gantung / Lokap )
Hentian ini menempatkan replika mini lokap dan di dalamnya terdapat replika tali gantung. Hentian ini mendapat kerjasama dari Panitia Pendidikan Islam dan agensi luar. Dengan adanya hentian ini , pengunjung dapat sedikit rasa keinsafan tentang bahayanya dadah.


viii.        Hentian 8 – Sampel ujian saringan air kencing
Di hentian terdapat sampel bekas ujian saringan air kencing hasi sumbangan Agensi Dadah Kebangsaan Negeri Perlis.

   ix.        Hentian 9 – Kesan merokok dan punca – punca dadah
Hentian ini mengandungi sepohon bonsai yang telah dibuat inovasi dengan menggantung kotak rokok dan keychain batang rokok. Kotak rokok yang digantung ini mengandungi gambar kesan merokok. Para pengunjung boleh membaca mesej yang terdapat pada kotak rokok. Sementara di bahagian atas terdapat mobail kesan merokok atas usahasama Panitia Bahasa Inggeris. Di hentian ini juga terdapat pohon kipas yang memaparkan tentang punca- punca terjebak dalam dadah.


    x.        Hentian 10 – Taman Herba / Kolam
Hentian ini diletakkan empat papan tanda yang terukir slogan bahayanya dadah. Sambil membaca slogan tersebut , pengunjung boleh menghirup udara segar di samping melihat tanaman herba. Taman herba ini terletak di bahagian bawah hadapan Bilik Sumber PPDa. Ianya dikendalikan oleh Bilik Sumber PPDa dengan kerjasama Panitia Sains